About Computer?? Tentang Komputer??
Ni nak cerita sikit pasal komputer. Sebut je komputer, ingat mesin, ingat facebook, ingat wechat, ingat youtube dan semualah yang rasanya berkaitan peranti elektronik. Haa..betullah tu (ikut kefahaman sendiri, apa yang kita faham tentang komputer). Kalau ikut yang betul, komputer ni sebuah peranti elektronik yang dibuat untuk memproses data mentah menjadi maklumat yang berguna.
Faham ke kurang faham??? Tak apa, mai sini, saya nak cerita sikit. Komputer tidak dapat berfungsi tanpa User(pengguna yang mengguna komputer seperti anda dan saya), Peranti Input (peranti yang digunakan untuk memasukkan data / maklumat ke dalam komputer), Processor (program yang telah dibina di dalam komputer untuk menukar data mentah menjadi maklumat yang berguna), Peranti Output (peranti yang digunakan untuk mengeluarkan / memaparkan maklumat) dan Storan (tempat untuk menyimpan data / maklumat). Tanpa kesemua element ini, komputer hanyalah sebuah mesin yang tidak berfungsi.
1. Pernah menaip guna keyboard??
* Keyboard adalah peranti input untuk masukkan data seperti perkataan.
Ni saya selalu buat sebab nak update status dalam twitter..takpun sebab nak taip resume sebab nak mohon kerja. Lepas taip tu pastilah nak cetak keluar.
* Printer adalah peranti output untuk mengeluarkan / mencetak keluar maklumat daripada komputer.
2. Pernah tak korang rekod suara atau menyanyi guna Microphone ?
* Microphone adalah peranti input untuk memasukkan data seperti bunyi/suara
Ni lagilah saya selalu buat sebab nak test suara. (macamlah manis seperti madu kan..haha)
Mikrofon takkan berbunyi tanya pembesar suara..(haha..tiba-tiba je teringat akan lagu arwah Tan Sri P.Ramlee, getaran jiwa..andai dipisah lagu dan irama..)
* Speaker adalah peranti output untuk mengeluarkan bunyi / suara / audio.
3. Pernah tak korang ambil gambar / rakam video guna Camera / Video Camera / Smartphone / Tablet??
* Camera / Video Camera / Smartphone / Tablet merupakan peranti input untuk memasukkan data seperti gambar dan video ke dalam komputer.
Lepas ambil gambar atau video tu pastilah nak tengok dulu kan sebab takut tak cantik kalau terus post dalam instagram atau moment kat wechat kan..(haha..nampak sangat selalu buat.) Kalau nak tengok tu, saya selalu guna Monitor / Desktop.
* Monitor adalah peranti output untuk memaparkan data mentah.
4. Pernahkah korang simpan data dalam komputer atau simpan maklumat dalam pen drive / hard disk /CD /DVD??
* RAM adalah memori komputer yang menyimpan data secara sementara manakala Pen drive /Hard Disk / CD / DVD merupakan Storage iaitu tempat untuk menyimpan maklumat atau data secara kekal.
No comments:
Post a Comment