Pages

2/19/2018

Kelahiran Semula Seni Bina Islam


Islamic Inspirations: Kelahiran Semula Seni Bina Islam





Menyingkap sejarah seni bina Islam, merupakan khazanah diwarisi dari satu era kegemilangan ribuan tahun dahulu di negara Islam.  Pengaruh seni bina Islam tersebar di serata dunia melalui penawanan empayar Rumawi, Konstantinopel, penaklukan ke atas kerajaan Sepanyol dan sebahagian dari benua Eropah oleh empayar kerajaan Islam, perkembangan ekonomi yang menyaksikan para pedagang membawa seni ini melalui jalan sutera, penerapan ilmu serta banyak cabang seni diyakini telah dibawa oleh pengembara, pendakwah dari negara islam ke negara yang dilawatinya.


Hari ini seni bina Islam sudah bersifat universal hasil percampuran idea dan kemahiran seni dari pelbagai bangsa dan empayar hebat seperti Turki, Iran, India, Sepanyol, Maghribi, Mesir, Syria termasuk Malaysia sendiri.


Selain menggunakan elemen alam semula jadi sebagai sumber inspirasi utama, I-NAI dikenali melalui pembuatan seni ukiran yang halus dan binaan yang direka khas daripada bahan Glass Fiber Reinforced Gypsum, concrete, polyurethane polymers, plastic, wood, stone dan ceramic tiles. Kekayaan bahan dan rekaan yang ditawarkan memberi lebih pilihan kepada arkitek untuk meneroka idea baru dan segar.


Tidak sekadar mendukung konsep islamik semata-mata, malah karya yang dihasilkan oleh I-NAI juga boleh menguatkan karakter seni bina kotemporari dan moden baik untuk binaan kediaman mahupun komersial.

30 tahun berada dalam industri seni bina, fabrikasi serta membekal dan memasang perhiasan seni bina islamik mengukuhkan portfolio I-NAI dalam industri seni bina di Malaysia. I-NAI diberi kepercayaan mengendalikan projek mega dan beprestij seperti Dataran Merdeka, Brickfields Little India, Istana Kehakiman Putrajaya, Masjid Putrajaya, Rumah Perdana Menteri, Masjid KLIA, Lapangan Terbang Terengganu, Istana Alam Shah. Istana Negara dan banyak lagi.


Potensi I-NAI Holdings bukan sekadar mengeksploitasi pasaran tempatan tetapi juga telah menarik minat para pelabur dari luar negara dengan menandatanganu MOU untuk mengembangkan perniagaan di Damman, Abu Dhabi, India, Turki, Nigeria dan lain-lain. Setiap sentuhan seni dan rekaan memdukung mesej cinta, keindahan, kedamaian dan kesatuan sejagat bertepatan slogan I-NAI “It is all about love, beauty, peace and unity’








































































No comments:

Post a Comment